31 Mar 2020

Cooking With Nuna : Nasi Tomato

Hi, 
Salam sejahtera, 


Hari ini, saya nak kongsikan Nasi Tomato yang sangat mudah. Tanpa menggunakan susu sejat, minyak sapi atau tomato puri. Nope, I just used what I got in my chiller. Jadi, sangat mudah dan sesuai untuk mereka yang bujang juga. Dan juga mesra bayi. Sebab this time, I also cook for my 8 months son. 



Bahan-bahan :

1. 1.5 cawan beras (Saya guna brown rice)
2. Air untuk memasak nasi (sukat siap-siap guna jari yang mulus itu)
3. Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga 
4. Bawang merah rose 2 biji (atau apasahaja jenis bawang yang anda ada, amik yang kecik sikit dari size bola golf)
5. Bawang putih 3 biji 
6. Halia sebesar ibu jari
  **bebawang dan halia boleh dikisar atau hiris halus
7. 3 Biji tomato merah - dikisar halus
8. Minyak zaitun untuk menumis (Boleh gunakan mana2 minyak atau butter, sebab nak kongsi dengan bayi, jadi saya guna minyak zaitun) 
9. Kismis (Tak letak pun, tak apa)

optional jika tak berkongsi dengan bayi

10. Secubit garam 
11. 2 sudu tomato sos 
12. Secubit perasa makanan 

Cara-cara memasak : 

1. Basuh beras dalam bekas yang lain, dan sukat sesiap air untuk masak nasi.
2. Panaskan periuk nasi atas dapur, masukkan minyak untuk menumis. 
3. Masukan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bebawang dan halia, dan tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan tomato yang telah dikisar halus, masak sehingga menggelegak. 
5. Masukkan beras bersama air dan kismis.
6. Kacau rata. 
7. Kemudian, pindahkan periuk nasi ke dalam cooker, dan masak nasi seperti biasa. Jangan lupa tekan butang on yaa. 

Then you are done! Hidangkan bersama ayam masak merah dan acar mentah. Wah, sedapnya. Bon apetit! 

Salam sayang, 
Nuna Ibrahim
31 March 2020
13.10 pm @ FLH 3

RMO day 15


29 Mar 2020

I'm back

Hi,
Salam sejahtera.

Selepas 11 tahun, yeah, saya kembali ke dunia blog. Wow. Walaupun, memang tidak ada yang membaca blog saya dahulu, mungkin telah lenyap terkubur. Ya, saya harus akur kenyataan itu. 😅 So, I always love to write, tetapi, tidak pernah di asah bakat ini, atau mungkin bukan bakat, mungkin hanya lah satu minat yang tenggelam timbul.

Jika dulu, saya menulis sebagai seorang remaja yang baru mengenali dunia luar, dan mungkin konteksnya agak kebudak-budakan, well of course, I'm eighteen years old back then. So young. Dengan debut di akhir 20-an ini, I hope my content can help myself (as my own references in future) or you. Kenapa? Because I love to google if I had doubt in something especially in buying new things. This is because, agak senangkan apabila orang  lain ada pengalaman membeli sesuatu atau telah membuat sesuatu. They kind of, like helping me in making a wise decision.


So, I hope I made a great decision to comeback, and typing again, and keep updating this blog because I just started journaling in my diary. I hope it will last, for the sake of memories for my children. 

Salam sayang, 

Nuna Ibrahim
29 March 2020
10.26 am @ FLH 3
RMO day 13